Followers

Tuesday, 26 April 2016

Journey of Princess RA : Jumpa Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Hi & Assalammualaikum..

25 Apr 2016 (Mon), Surau Putra Al Amin Presint 8 Putrajaya

Kadang-kadang bila free setiap isnin malam eshat ke Surau Al Amin dengar ceramah Habib Ali..
Ada satu hari tu dia cerita, ramai yang bawak anak kecik jumpa Habib Ali..
Nanti kita bawak princess RA jumpa Habib Ali la..
Deal dengan eka sekali. Boleh dia bawak Daiyyan sekali..

Roger2 sarah jugak jumpa sekali kat sana..
Kadang2 ijat (husband sarah) ada sekali..
Ajak sarah sekali jumpa boleh borak-borak..
Lama dah tak jumpa sarah..

Sampai je surau dah habis solat isyak..
Tak lama tu Habib Ali pon sampai..
Berpusu orang masuk ke surau..






Kitaorang ada anak2 kecik ni ambik port belakang sekali..
Princess dalam surau tu dok angkut beg tu ha kulur kilir.. Hihihi..
Sambil2 tu ibu bagi dia makan sekali..
Dia dah boring main beg tu, dah tak tau nak buat apa, mula dah merengek..
Daiyyan pon dah boring, dah start ek ek..
Ibu & bonda dengar ceramah Habib Ali pon sipi-sipi je..


Duduk dengan ibu resah gelisah je princess ni..
Bagi kat abah dia, duduk diam je leka main..
Anak abah sangat ni kannn..



Bawak diaorang berdua keluar surau jap ambik angin..
Sementara nak pas kat abah & ayah masing-masing..
Ibu & bonda nak ambik nafas kejap..

Lepas tu lepak dengan sarah kat belah luar surau..
Ada budak2 duduk sekali kat luar ni.. Riuh rendah sikit..
Kalau RA & daiyyan menjerit nak susu takde hal laaa..
Kalau duduk belah dalam, RA & daiyyan ek ek sikit makcik2 pandanggg.. Huhuhu..



Aunty sarah & Muhammad Daiyyan..
Geram aunty sarah tengok daiyyan gebu gebass sangattt..


Eh nampak pulak perut daiyyan.. Hihihi..
RA time ni kat abah dia lagi..
Masih setia duduk dengan abah dia..
Dapat la ibu borak2 kejap dengan aunty sarah..


RA & aunty sarah..
Dia dah berjaya buat 'kuih', baru abah pass kat ibu.. Wuuuuuu..
Taknak dia duduk diam dengan aunty sarah..

Dah habis ceramah, berebut orang bawak anak jumpa Habib Ali..
Eshat & Zam pon tunggu turn nak bawak anak jumpa Habib Ali dapatkan keberkatan doa dia..
Eshat cerita, tima Habib Ali bacakan doa kat RA, senyap je RA pandang Habib Ali..
Daiyyan pon sama.. Tergamam ke anak2 ku jumpa Habib Ali tu.. Hehehe..
Semoga anak2 ibu dalam lindungan Allah swt.. Amin..


Masa duduk belah luar tu, ada fatiya sekali duduk dengar ceramah..
Habis je ceramah, ambik kejap gambar dengan dia..
Kurus tinggi je fatiya ni..


Boleh dia cakap muka iolls adik beradik flawless..
Kembang setaman laaaaa.. Hahahaha..

Love, Rina Ellisa

Saturday, 23 April 2016

Jalan Jalan Ayer@8 Putrajaya

Hi & Assalammualaikum..

9 Apr 2016 (Sat), Ayer@8 Putrajaya

Eshat kerja, zam husband eka pon kerja hari sabtu tu..
Boringgg la duduk rumah..
Ajak eka keluar la, lagipon nak beli barang2 RA sikit..
Alang2 tu terus ke ayer@8 putrajaya jalan2 cuci2 mata..
Eka pon nak beli barang kat situ..
Sekali tengok banyak rupa nya kedai2 kat dalam tu..
Selalu pergi ayer@8 makan kat tea tarik tu je..
Tak explore pon kedai2 lain..
Haishhh macam2 ada kat situ..
Sediakn duit je tebal2 dalam poket.. Huhuhu..





Doctor to be, Raudhatul Aaishah! Hehehe..
Set mainan doctor ni aunty cik RA bagi time RA baru2 lahir dulu..
Kemain awal lagi aunty cik dia beli kan mainan macam ni.. Hahahha..
Ni RA dah besar dah pandai main, baru ibu keluarkan dari laci..
Excited RA dapat main benda2 ni..
Gambar yang last ni comil sangat buat pose tangan macam tu! Weeee!





Eh doc to be dah pakai tudung daaahhhh..
Sy nak keluar ngeteh dengan ibu, makngah & muhammad daiyyan..


Sy dah ready nak jalan2 ni maklong!


Daiyyan & bonda!


Princess jadi model ibu jap test tudung ni..
Kitaorang saja masuk @butiknurhannah ni..
Tengok tudung dia bergantung2 cantik-cantikk..
Tergugat betullll.. Huwaaaaa..
Ok takpe masuk belek2 cuci2 mata je..
Dah puas cuci mata, jalan masuk kedai lain pulak..




Ibu suka pakai carrier snuggbaby ni..
Lagi2 keluar dengan princess abah takde..
Memang memudahkan kerja2 ibu..
Senang, ringkas & selesa..
Princess pon selesa duduk dalam tu..

Try pakai sekali terus ibu sukaaa dan sukaaa sukaa lagi..
Abah pon suka carrier ni..
Tak pandang dah carrier lain..

Pakai carrier ni, senang ibu nak jalan2 & belek2 tudung..
Eh princess pon sama2 belek2 tudung dengan ibu kannnn.. Hahaha..
Ibu belek2 tudung, dia pon sama ikut belek2 tudung sambil2 pokpek mulut dia..
Nak bagitau semua cantik2 kottt.. Hehehe..


Daiyyan dengan bonda duduk rehat dulu yea.
Maklong nak sambung cuci2 mata tengok tudung dulu..




Dah cuci2 mata, rasa haus pulak..
Ingat nak lepak ngeteh kat tea tarik place..
Bila lalu, kedai tutup pulak..
Jadi nya kitaorang minum kedai hujung sederet dengan tea tarik place..
Apatah nama kedai tu, lupa dahh..
Sy makan lontong, sedap!
Eka makan roti canai..
Lepas ni kalau rasa teringin nak makan lontong, boleh singgah kedai tu..
Harga RM6 lebih rasa nya.. Tak sampai RM10 pon..

Kitaorang makan kena bergilir2..
Biasa lah dah ada anak kecik, kena makan gilir2..




Ibu sayang Raudhatul Aaishah & Muhammad Daiyyan..
RA suka sangat cium daiyyan..
Pantang tinggal kan berdua, laju je dia terjah.. Hehehe..
Sayang adik daiyyan sampai bila2 ye sayang ibu..

Love, Rina Ellisa

Friday, 22 April 2016

Selamat Berkursus 2bulan Paklang Adib!

Hi & Assalammualaikum..

3 Apr 2016 (Sun), BSN Bangi

Kalau throwback balik, memang nampak kesungguhan adib pergi open interview nak dapatkan job polis bantuan bsn ni..
Pagi2 sebelum subuh dah sampai rumah sy ambik segala sijil2 sekolah dia..
Lepas tu gerak terus ke KL pergi interview berdua dengan kawan dia naik motor..
Masa dia interview tu, ramai jugak yang datang..
Cuma 20 orang je akan di pilih..
Alhamdullilah rezeki adib & kawan dia, dua2 dapat job ni..

Dah dapat jawapan, dah dapat offer letter, kena buat check up semua..
Lepas tu kena pergi training 2bulan kat pulapol Bukit Sentosa..
Habis training, 6 june 2016 dia balik la..
Ada minggu suai kenal rasa nya seminggu, lepas tu cuti 2 3 hari & lepas tu terus report duty..
Dia dapat bsn mana pon tak tahu lagi..
Mak doa2 dia dapat dekat2..
Takde la dia tinggalkan mak & kitaorang pergi jauh2.. Huhuhu..


Selamat menggelapkan diri mu paklang!
Harap2 adib kuat semangat masa training tu..

Kena register pukul 2pm sampai 5pm rasanya..
Kitaorang sampai BSN bangi 10minit nak pukul 2pm..
Adib masuk dulu register semua, lepas tu kitaorang keluar balik makan tengahari..


Princess haritu merenggek sekejap je dalam kereta nak susu..
Time ibu tengah drive, duduk dengan nenek, nenek doidoi terus tidur..
Eshat ada class haritu tak dapat join hantar adib..

Sampai kedai makan, duduk kan dia dalam baby chair ni, pakcik2 dia 3orang tu melayan main dengan dia..
Behave je dia.. Good girl la anak ibu ni..
Ibu makan dengan tenang! Tq uncle ameer, unlce aref & uncle cu!
Habis makan, terus hantar paklang adib masuk balik kat bsn tu..

Diaorang tidur 1malam kat bsn bangi tu..
Esok nya baru gerak ke pulapol bukit sentosa untuk training 2bulan..
Nak gerak tu, adib ada msg bagitau dah gerak..
Dia suruh doakan dia kuat semangat..
Ehhh tetiba ku rasa sebak pulakkk.. Huhuhu..




Bergambar dulu sebelum adib masuk..


Eh hidung eka, sy & adib sama je sepesen..
Orang cakap macam hidung burung..
Hidung kakcik je tak samaaa.. Hahaha..



Abang adib takde 2bulan ni, korang 3 orang tolong behave ye..
3 orang adik2 kecik sy ni memang takut sikit dengan adib..
Sekali adib gertak sikit, masing2 tunduk nak angkat muka pon takutttt..


Princess & makngah..
Manja makngah ni..
Kadang2 elok je dia panggil makngah dia "ngahhh"


Happy family..


Pakngah & muhammad daiyyan..
Daiyyan pon behave je haritu..
Kitaorang duk bergambar2 kat parking tu, dia senyap je tengok gelagat makcik2 pakcik diaaa.. Hehehe..


Peace!



Bye2 paklang adib!
Selamat berkursus 2bulan..
Jaga diri & kuatkan semangat..
Bukan senang nak jadi senang..
Semuanya bermula dengan kesusahan, baru rasa nikmat kesenangan tu..

Harini 19hari day adib training..
Call sms pon takde dari dia..
Macam mana la dia kat sana..
Mak hari2 tanya sy ada tak adib call..
Mesti mak lagi rindu kat dia..
Tak sabar nak jemput dia balik 6june nanti..

Love, Rina Ellisa

Thursday, 14 April 2016

Journey of Princess RA : Happy One Year My Princess!

Hi & Assalammualaikum..


14 April 2015 - 14 April 2016, genap setahun umur Raudhatul Aaishah anak ibu..
Dari hari pertama RA lahir, hingga la harini umur RA setahun, ibu abah tak pernah jemu tatap muka princess..
Ibu abah tak pernah jemu melayan kerenah RA..
Tak pernah penat layan kerenah RA..
Tq sayang jadi penyeri, pelengkap hidup ibu abah..

Takde apa yang ibu abah harapkan selain Allah lindungi & jaga princess selalu..
Semoga RA sihat tubuh badan, ceria, periang, bahagia, cerdik pandai, jadi anak yang solehah & selalu doakan ibu abah dah besar nanti..

Hadiah untuk RA ibu baru beli harini..
Jenuh ibu pikir hadiah apa nak beli kan untuk RA..
Last minute jugak baru jumpa.. Hehehe..
Sama2 kita tunggu yea sayang..
Ibu pon tak sabar sebenarnya nak dapat.. Huhuhu..

Sebenarnya 2 Apr 2016 (Sabtu) haritu dah celebrate birthday RA..
2 Apr 2016 tu ikut bulan islam jatuh 24 Jamadilakhir memang ngam2 umur RA setahun..
Buat small celebration sekali dengan paklang adib (adik sy) nak pergi training 2bulan..
Cerita tu nanti sy update entry lain..

Tq makngah. mummy & abah wish birthday RA..

from makngah

Makngah buat esei kat ig! Hahaha..
Tq makngah buat throwback & doakan yang baik2 untuk Raudhatul Aaishah..
Hadiah sy jangan lupa tau makngah! Hehehhee..
RA suka sangat cium daiyyan..
Dia touch2 sikit je dahi dia kat kepala daiyyan.. Hahaha..

from mummy

Tq mummy doakan Raudhatul Aaishah..
RA tak sabar nak jadi flower girl mummy ni nanti.. Heehehehe..

from abah
Apa????
Abah nak bagi hadiah tengok didi je???
Takpe2 sayang, nanti ibu paw abah hadiah wakil dari RA.. Hehehhe..

"HAPPY BIRTHDAY SAYANG IBU RAUDHATUL AAISHAH MUHAMMAD IRSYAD!
Ibu sayang princess selalu" - Ibu

Love, Rina Ellisa

Wednesday, 13 April 2016

#Throwback - 13 April 2015

Hi & Assalammualaikum..

13 Apr 2015, Isnin

Ikut plan 13 Apr dah start MC..
Nak cuti 2 minggu awal..
Tapi kalau ikut hati nak kerja sampai rasa sakit nak beranak..
Tapi apakan daya eshat suruh cuti awal..
Kang takut sakit nak beranak masa otw pergi kerja susah nanti..
Sebelum apa2 jadi, baik cuti awal..
Baik ikut perintah bos..

Due date 40weeks lagi 2minggu..
Tapi datang jugak kerja isnin tu nak setel kan kerja..
Nak hand over kerja pada yang akan cover kerja nanti..

picture date : 13 Apr 2015

Petang tu nak balik dalam kereta rasa sayu sayu pulak nak cuti awal..
Rasa macam nak cuti lama sangat..
Padahal 2bulan je cuti bersalin.. Huhuhu..
Petang tu ada orang office cakap esok bersalin la tu..
Memang bersalin esok terus..
Sungguh masin mulut dia bercakap! Hahaha..

Malam tu jumpa sarah & ijat..
Makan malam sekali dengan diaorang kat gerai makan kat traffic light simpang 4 dengkil nun..
Sebelum beranak& berpantang dapat la makan seafood..
Tq aunty sarah belanja baby makan sedap2 malam tu.. Hehehe..

Magrib tu contraction macam dah kerap...
Macam dah 2jam sekali..
Eh nak beranak dah ke ni..
Huwaaa neves terus..
Tapi dalam masa yang sama tak sabar tunggu baby keluar..

11.30malam dah siap2 nak tidur..
Landing je atas katil, "PO" bunyi macam benda pecah..
Terus air meleleh keluar tanpa henti..
Eh ni air ketuban ke????
Terus call mak tanya apa nak buat ni..
Tapi, ada hati nak sambung tidur lagi tu.. Hahahaha..
Konon2 esok pagi jela pergi hospital check ke apa..
Bila dah call mak, haa terus mak suruh pergi hospital..
Kang apa2 jadi kita tak tahu baby dalam perut macam mana..

Maka, bermula cerita detik detik nak bersalin..
Nak tahu lagi cerita, boleh klik SINI..

Love, Rina Ellisa