Followers

Wednesday, 13 April 2016

#Throwback - 13 April 2015

Hi & Assalammualaikum..

13 Apr 2015, Isnin

Ikut plan 13 Apr dah start MC..
Nak cuti 2 minggu awal..
Tapi kalau ikut hati nak kerja sampai rasa sakit nak beranak..
Tapi apakan daya eshat suruh cuti awal..
Kang takut sakit nak beranak masa otw pergi kerja susah nanti..
Sebelum apa2 jadi, baik cuti awal..
Baik ikut perintah bos..

Due date 40weeks lagi 2minggu..
Tapi datang jugak kerja isnin tu nak setel kan kerja..
Nak hand over kerja pada yang akan cover kerja nanti..

picture date : 13 Apr 2015

Petang tu nak balik dalam kereta rasa sayu sayu pulak nak cuti awal..
Rasa macam nak cuti lama sangat..
Padahal 2bulan je cuti bersalin.. Huhuhu..
Petang tu ada orang office cakap esok bersalin la tu..
Memang bersalin esok terus..
Sungguh masin mulut dia bercakap! Hahaha..

Malam tu jumpa sarah & ijat..
Makan malam sekali dengan diaorang kat gerai makan kat traffic light simpang 4 dengkil nun..
Sebelum beranak& berpantang dapat la makan seafood..
Tq aunty sarah belanja baby makan sedap2 malam tu.. Hehehe..

Magrib tu contraction macam dah kerap...
Macam dah 2jam sekali..
Eh nak beranak dah ke ni..
Huwaaa neves terus..
Tapi dalam masa yang sama tak sabar tunggu baby keluar..

11.30malam dah siap2 nak tidur..
Landing je atas katil, "PO" bunyi macam benda pecah..
Terus air meleleh keluar tanpa henti..
Eh ni air ketuban ke????
Terus call mak tanya apa nak buat ni..
Tapi, ada hati nak sambung tidur lagi tu.. Hahahaha..
Konon2 esok pagi jela pergi hospital check ke apa..
Bila dah call mak, haa terus mak suruh pergi hospital..
Kang apa2 jadi kita tak tahu baby dalam perut macam mana..

Maka, bermula cerita detik detik nak bersalin..
Nak tahu lagi cerita, boleh klik SINI..

Love, Rina Ellisa

1 comment:

  1. yannggggg!!! tanjat kite. ingat kan RA nak dapat adik. hahahahahahaha

    tp Sya pon same dulu. water bag start leaking. tp Sya lak punca nye aktif terlampaw. hehe

    ReplyDelete