Followers

Sunday, 1 May 2016

Journey Of Princess RA : Tempah Baju Raya

Hi & Assalammualaikum..

30 Apr 2016, Saturday

Dari hari ke sehari nak pergi ke Nilai Square mencarik kain plain..
Lepas tailor bagitau 30 Apr 2016 last dia ambik tempahan baju raya..
Haaa terus cepat2 minta eka teman kan carik kain..
Ni kali kedua kitaorang keluar berempat bawak anak..
Husband masing2 kerja..
Kali ni agak mencabar sikit sebab princess RA merengek dan taknak duduk dengan makngah dia, nak ibu pegang dia jee..


Tapi kadang2 nak dengan makngah dia, kadang2 taknak..
Pandai dah kalau cakap suruh tunjuk lidah..
Lepas tu kejap lagi dia gulung2 kan lidah nya..
Panjang akal anak ibu ni kan..

Dah dapat kaki berjalan, pantang lepas kan ke bawah, habis dia pusing2 kat situ..
RA pon sibuk nak pilih kain jugaaa.. 


Adik daiyyan try pakai carrier kakak Raudhah kejap..
Bonda daiyyan nak tengok daiyyan nak tak duduk dalam tu..
Eka tengah survey2 nak beli carrier..


Memang mencabar pilih kain bawak anak sekali..
Kang kita tengah pusing2 tengok kain, time tu la dia nak berdukung..
Memang pergi terjah satu kedai kain je..
Tak sempat nak pergi suvey banyak2 kedai..
Jumpa colour apa nak, terus zasss pilih & bayar terus..
Lagi lama lagi pening ku duduk dalam kedai tu..
Tapi ibu berjaya beli kain dengan ada nya princess sekali.. Yeahhh!!! Huhuhu..

Settle beli kain, terus ke butik kak zura pulak..
Kena settle kan hari tu jugak..
Nanti tangguh2 lagi lambat la baju raya nak siapp..
Ni kat bawah aksi RA masa ambik ukuran baju..








Yeyyyy settle tempah baju raya RA..
Ibu pon dah ambik ukuran sekali..
Cuma Eshat je kena datang kedai kemudian ambik ukuran dia..
Tak sabar nak dapat baju raya nanti..
Mesti comil anak ibu pakai baju raya tu.. Hehehehe..


Haaa keletihan anak2 ibu tidur ni..
RA tumpang car seat adik daiyyan kejap yea..


Dah nak sampai rumah, RA ek ek nak ibu ambik dia..
Nasib baik la makngah rajin melayan RA..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment