Followers

Wednesday, 8 June 2016

2 Ramadhan 1437H

Hi & Assalammualaikum..

7 June 2016, Selasa

Disebabkan first day sahur dah lambat bangun,malam tu eshat dah masak nasik siap-siap..
Bangun sahur panaskan je nasi tu..
Lauk sahur 2nd day puasa ni, ayam masak gulai cili padi dari rumah mak..
Panaskan balik lauk pagi tu..
Lepas tu goreng telur & minum air byk2 sampai kembung perut😆

Menu Sahur :-
- ayam masak lemak gulai cili padi
- telur dadar
- kurma


Teacher whatsapp gambar princess ni..
Ni baru tidur pukul 10lebih..
Harini princess ibu dah hantar taska semula..
Princess pon dah sihat..
Ibu abah kena kerja sayang..

Nanti ibu abah dapat gaji,boleh beli baju & mainan utk princess..
Huwaa sedih pulak taip macam ni..
Kalau di beri pilihan, nak duduk rumah je jaga princess sampai dia besar..
Sayu pulak hati ni tengok gambar anak tidur macam ni kat taska😔


Tengahari ibu tak pergi jenguk RA kat taska..
Ibu pesan kat teacher terus bagi princess makan tengahari..
Ni teacher share lagi gambar princess..
Muka baru bangun tidur je..


Balik petang tu,jalan jem pulak depan hartalega tu..
Kereta berhimpit2 nak ke kiri susur ke putrajaya..
Dari 2lane,terus jadi 3lane..
Ingat bulan puasa ni balik pukul 5,530pm boleh la sampai rumah..
550pm jugak baru sampai rumahhh😞

Sampai rumah,bawak keluar ayam dari fridge dulu..
Nak buat ayam masak merah..
Eshat sampai rumah, bawak princess keluar pergi bazar..
Ibu nak masak laju2 kejap..


Menu berbuka :-
-ayam masak merah
-kuih seri muka 4biji (RM4)
-kuih cara 6pcs (RM2) beli kat office..
-Air jagung (RM3) eshat beli kat bazar kota warisan..

No comments:

Post a Comment