Followers

Thursday, 9 June 2016

3 Ramadhan 1437H

Hi & Assalammualaikum..

8 June 2016, Wednesday

Kalau masak lauk berbuka, akan masak lebih sikit..
Boleh buat lauk sahur esok nya sekali..
Jadinya, sahur puasa hari ke3 ni makan ayam masak merah je..

Menu Sahur :-
-ayam masak merah
-kurma


Tengahari ibu jenguk RA kat taska..
Ibu datang RA tengah duduk2 dengan teacher..
Ibu ambik princess terus la kita dating kat bilik menyusu☺️

Tak tau la kenapa bulan puasa ni jem kat depan hartalega tu..
RA dalam kereta dah merengek rengek suruh ambik dia..


Sy beli kat cafe office..
Rasa ok ok je..
Dah beli kena habiskan..
Jangan membazir..


Teman ibu drive sebelah..
RA kadang2 nangis jugak duduk dalam carseat tu..
Nak keluar dari dalam tu..
Tapi sy biarkan je.. Lama-lama dia diam sendiri..
Kena ajar dia duduk dalam carseat dari sekarang..
Safety first ok Raudhatul Aaishah..


Menu Berbuka :-
- Kuih Pulut 2pcs
- Nasi Jagung + Rendang ayam
- Tepung pelita 5pcs
- Murtabak
- Cendol
- Kambing goreng

Kambing goreng tu eshat beli siap2 yang dah perap..
Beli kat kawan dia.. RM50 kot sekilo kalau tak silap..
Bau dia masa tengah masak tu, fuhhh menusuk hidung.. Hihihi..
Sedap bau!

Rasa banyak pulak menu masa berbuka tu..
Dah banyak makanan atas meja, jadi tak tahu nak makan mana dulu..

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment