Followers

Friday, 8 July 2016

2 Syawal 1437H - Team Raya Rantau

Hi & Assalammualaikum..

7 July 2016, Thursday

Raya kedua plan beraya rumah sepupu mak sebelah rumah nenek & beraya kampung abah kat rantau..
Tengahari pergi beraya dulu rumah sebelah..
Pukul 4pm baru keluar rumah pergi Rantau..
Itu pon dengar nya jalan Kuala Pilah jammed..
Terpaksa lah kitaorang ikut jalan dalam yg makan masa 1jam setengah..
Pukul 6pm baru sampai rantau..


Selfie dulu sebelum keluar rumah.. Wiwiwiwi..


RA lena tidur dalam kereta..
Ibu alih2kan posisi pon sambung tidur balik..
Ngantuk sangat tu..

Tahun ni raya kedua dah sampai kampung abah..
Awal sikit tahun ni beraya..
Sampai je kat kampung rantau ada makngah,abah..
Tak lama tu black out..
Nasib baik surau depan rumah nenek ada elektrik..
Melepak sekejap kat surau, tak lama tu lepas magrib baru bercahaya balik..


Kemain susah sekarang nak ajak bergambar..
Tak boleh duduk statik sekejap..
Pantang lepas laju je jalan.. Hahaha..


Bergambar dengan uncle Alif yang perasan handsome.. Hahaha..
Kat sekolah dia perasan dia lah palinh handsome.. Waduhwaduh adik ku sorang ni..

Lepas magrib makan beramai2 kat luar..
Makngah & anak2 dia masak petang tu..
Lepas magrib ramai dah adik beradik abah sampai..


Kitaorang tengah pose ank bergambar, sekali nenek datang sebelah nak bergambar juga..
Comil tau nenek ni.. :)


Kak Ngah, sy & kak carl (sepupu eshat)..
Baby dia baru 2 ke 3 bulan..
Muka sebiji muka husband kak carl..


Tak tahu kenapa sy rasa seronok sangat bila balik kampung rantau..
Terasa macam keluarga sendiri..
Happy2 gelak2.. Best!


Paksu Azman ni kelakar sebenarnya..
Pantang borak ada je lawak dia.. Hahaha..
Sempat lah jugak bertanya kan isu vaksin sekarang ni..
Dah alang2 paksu ada, baik tanya terus tanya dia pasal vaksin tu..


Bergambar dengan atuk..
Atuk sporting..
Ajak bergambar on je..


Selagi tak balik, selagi tu la bergambar..
Sambung bergambar kat luar pulak..
Malam tu abg & faten balik rumah, kitaorang patah balik kuala pilah..
Esok dah balik rumah mak sepang pulak..
Tamat lah cerita raya kedua..

Love, Rina Ellisa

2 comments: