Followers

Friday, 29 July 2016

23 Syawal 1437H - Jamuan Raya P&D 2016

Hi & Assalammualaikum..

28 July 2016, Thursday

Masih mood raya lagi kan..
My department tak ketinggalan buat jamuan raya..
Konsep order main dish + pot luck..

Sehari sebelum bertungkus lumus kami buat phootbooth nak bergambar..
Barang2 guna apa yang ada je..
Recyle semula guna barang2 masa dinner feb haritu. Hehehe..
Jimat sikit kannnn..


Sy plan nak bawak pot luck sambal ikan bilis mak + kuih koci moksu..
Lama dah rasa nya tak menjamu akak2 opis ni makan sambal..
Tapi mak tak berapa sihat beberapa sebelum majlis jamuan raya tu..
Sy bawak kuih koci order dengan moksu je..

Sampai office letak segala beg, haaaa lipat lengan baju masing2 sediakan juadah..
Memang seronok la dengan pasang lagu raya lagi..
Memang office jamuan makan je takpayah buat kerja.. Huhuhu..
Jamuan makan start pukul 1030pagi..




Menu of the day :-
Main Dish
1. Nasi dagang
2. Mee rebus
3. Satay
4. Nasi impit + kuah kacang

Side dish + Pot luck
1. Cream puff
2. Pavlova
3. Buah
4. Kuih koci
5. Kuih kuih raya
6. Ayam masak kicap
7. Kuah lodeh
8. Rendang ayam
9. Nasi putih
10. Telur dadar
11. Asam pedas

Dan ada macam2 lagi makanan..
Sy listkan mana yang teringat dan nampak saja..
Banyak makanan berlebih kitaorang sampai jemput kawan2 dari department lain..

Sambil2 makan, sambil2 tu bergambar..
Kan syawal kali ni famous boomerang..
Haaa pantang bergambar, nak selit jugak buat boomerang..
Dengan bos2 pon terjebakkkk.. Hahahaha..

Ok lah jom layan gambar!


Kami bersongket sarawak..
Berhelai helai sy borong beli dengan kak azah (yang tengah, my officemate)..



We olls yang suka bergambar tak berhenti..


Gambar kenangan dengan kak ida..
Kak ida start 1sept transfer ke Airport Alor Star..
Setelah 7tahun tunggu nak tukar, akhirnya dapat jugak..
Dapat kak ida balik dekat semula dengan family dia..
Kak ida masuk sebulan awal dari sy..
Dia masuk dec 2009, sy masuk jan 2010..
Hampir 7tahun kitaorang berkerja satu department..
Tq untuk kenangan manis pahit kita kak ida..
InsyaAllah lepas ni dapat kita berjumpa lagi..
Kahwin nanti jangan lupa jemput nurul tau.. :)

Seronok bila happy2 macam ni..
Hilang sekejap stress kerja..
Time kerja, kita kerja..
Time happy,kita happpyyy!!!!

Love, Rina Ellisa

No comments:

Post a Comment