Followers

Sunday, 3 July 2016

27 Ramadhan 1437H - Kacau Dodol

Hi & Assalammualaikum..

2 July 2016, Saturday

Tertinggal sahur lagi..
Bertabah la bila dah hujung2 puasa ni tak bangun sahur..


Tengahari bawak mak pergi pergi kerepek kat Umi House Bukit Changgang..
Tahun ni lambat pergi beli kerepek..
Haritu mak pon ada cakap, nanti bawak mak pergi beli kerepek..
Selalu nya sy pergi beli sendiri je..
Kali ni mak pergi, ok la jom kita bawak mak pergi..



Haa 2 orang cucuk nenek sibuk nak tolak troli.. Hahaha..

Dalam kereta RA merengek..
Nak kat ibuuu nangis2..
Lepas tu batuk2..
Masa kat rumah ok je takde batuk2..
Dah dalam kereta batuk2 tak berhenti..
Sy dah cuak kenapa tiba2 batuk ni..
Tak lama tu dah ok sendiri tak batuk dah..

Lepas beli kerepek, ke bazar putrajaya carik baju kakcik & mak..
Nasib la bazar situ tertutup dan ada kipas..
Kalau tak mau pengsan berjalan tengah2 panas.. huhuhu..
Dah dapat baju kakcik, baju mak terus ke bazar ramadhan sebelah bazar jualan tu je..
Beli lauk sikit, lepas tu zass terus balik rumah..
Hari pon dah petang..

Menu berbuka :-
- Ayam masak merah
- Kobis Goreng
- Kambing gulai
- Murtabak
- Roti John
- Air tembikai
- Kuih Muih

Berbuka ramai2 kat rumah nenek sabtu tu..
Makteh dah masak siap2 lauk, kitaorang topap lauk beli je..
Sampai rumah nenek pon dah 7lebih..
Sebab balik rumah sy dulu ambik eshat..



RA seronok ramai-ramai malam tu..
Main bunga api sama-sama..


Kacau jangan tak kacau..






Ambik turn kacau lagi..



Selfie dulu dengan atok.. hehehe..


Ambik turn kacau..


Malam lepas berbuka, start la mengacau dodol..
Mak tumpang buat sekali kat makteh..
Meriah macam esok nya nak raya je..
Padahal esok masih puasa lagi..
Start mengacau dalam pukul 8lebih macam tu..
Mula2 semua excited la nak mengacau.. huhuhu..
RA pon seronok la dapat bebas berjalan sana sini..
Berpeluh main berjalan jalan..

Malam plan nak pergi bazar senawang nak beli baju melayu adik2 kecik 3 org tu..
Eshat dah seronok menolong kacau dodol, terus dia taknak pergi..
Lagi2 jammed kat bazar senawang tu..
Terus cancellllll. Huwaaaa nak jalan2 cuci mata lagiiii..

Tak dapat jalan2 bazar senawang, sy ajak eshat ke carboat sale enstek malam tu..
Nak pakai inai ukir kat kak sha..
Nasib baik dia nak pergi layankan aje wife dia.. wuhuhu..

Sampai carboat sale pon dah dekat pukul 1pm..
Banyak booth nak tutup dah..
Tweet kak sha cakap tunggu kejap..
Sampai2 je terus carik booth kak sha..
Tapi tersinggah booth beli beg pulakkk.. hahaha..
Lepas tu baru ke booth kak sha..



Sampai booth kak sha, pilih design terus ukir inai..
Kejap je dapat borak dengan kak sha..
Anak dia Ali Umar pon bangun tidur..
Tq kak sha ukirkan inai..
Lepas teringin nak repeat inai dengan akak lagi..
Ni ig @colourbysha..

Love, Rina Ellisa





No comments:

Post a Comment