Followers

Wednesday, 6 July 2016

30 Ramadhan 1437H - Kampung Kuala Pilah

Hi & Assalammualaikum..

5 July 2016, Tuesday

Sy masih berkerja lagi selasa tu..
Tapi dapat halfday jela..
Nak cuti sayang la pulak..
Lagi pon cuti tahun dah tinggal berapa hari je..
Itu pon nak simpan cuti untuk anak kalau ada pape..

Dah nak balik tu, dapat email yang company bagi cuti perlepasan 8hb tu..
Gomen dapat cuti free tu. Weolls pon dapat..
Haaa baru lah fair & square..
So save la cuti 1 hari..

Princess abahnya jaga kat rumah..
Balik je kerja tengahari tu, sambung packing baju..
Fuhh macam2 kena ingat nak bawak apa..
Nak buat checklist sehari ke sehari tak buat jugak..
Sudahnya semua simpan dalam kepala jela..
Kalau ada pape tertinggal duduk diam je.. Wuhuuu..


Singgah ambik lemang dulu..
Dah order siap2 kat kakak ipar lin..
Tiap2 tahun memang order je..
Tapi sampai2 lemang kitaorang tak bakor lagi..
Ambik je yang mana ada dulu..

Lepas tu singgah rumah mak salak dulu salam salam sebelum balik kampung..
Tengok pakteh tengah bakar lemang..
Kalau dah masak boleh minta satu..
Tapi takde yang masak lagi..

Irsyad nak buka puasa kat kampung dia last day puasa tu..
Pukul 4pm baru lah kitaorang gerak dari rumah..
Dengar kat radio, kuala pilah dah jammed..
Dari lekas, Irsyad ikut jalan dalam..
Jauh sikit la.. Tapi tak tempuh  jammed..
Sampai kampung dekat pukul 7pm..
Princess dalam kereta pon tidur lama..

Menu berbuka :-
- Rendang ayam
- Murtabak
- Sup daging
- Dessert puteri mandi

Lauk2 untuk berbuka semua dah terhidang..
Rendang2 pon dah siap masak..
Lepas berbuka, masa untuk main bunga api..
Haaa selambak mercun & bunga api..
Main la sampai puaier bila balik beraya..
Sepupu dia & pak sedara dia pon kaki mercun bunga api..
Memang stock raya mesti ada..


Princess suka main bunga api..
Dia tak takut langsung.. Good girl princess ibu!
Tapi kitaorang bagi main bunga api besi jela..
Sebab tak ada asap bunga api tu..
First time jugak princess tengok mercun bunga api yang ada bunga2 tu..
Rilek je dia tengok dari beranda rumah..



Dah puas main bunga api, lepak dalam rumah je..
Tapi malam tu berdentum2 mercun.. Seronok!
Yela esok rayaaaa!

Love, Rina Ellisa

2 comments:

  1. seronok dia tgk bunga api.. hehe

    ReplyDelete
  2. rindu suasana kampung waktu malam raya! 😍😍😄😄

    ReplyDelete