Followers

Wednesday, 28 June 2017

Salam Lebaran 2017

Hi & Assalammualaikum..

Fuhhh Fuhhh Fuhhh berhabuk blog ni.. :)
Last update entry 1 November 2016..
Haaa nak masuk 8bulan baru reti-reti update blog ni.. Hehehe..
Banyak cerita tak berkesempatan nak abadikan dalam blog ni..
Banyak share kat instagram je..
Nanti lah kalau ada masa akan di ceritakan dalam blog..

Tau-tau je post salam lebaran..
Ni pon sebab rindu blog..
Kita update lah sikit.. Hehehe..

Seronok tengok 1syawal kat IG, FB..
Semua post gambar2 raya dengan family..
Bertambah seronok bila semua cantik-cantik dengan baju baru di pagi raya..

Tahun ni trun raya sebelah saya..
Adib pon turn raya sama dengan saya kat rumah mak salak..
Eka turn raya sebelah suami dia..

Preparation raya pon sederhana saja..
Baju raya family sedondon pakai semula time adib kahwin Feb haritu..
Takde masa dah nak tempah2 lagi baju sedondon sekayu sepapan.. Hihihi..
Cuma baju melayu Irsyad & adik2 lelaki yang besar tu beli baru dari Baju Melayu AR Design Exclusive..

Kuih raya untuk mak, dah order awal tahun lagi..
Ada 5jenis.. Ada tambah 1jenis je beli dengan officemate..
Kerepek macam biasa beli kat Kerepek Umi House..
Tetiap tahun memang wajib beli situ je..

Preparation raya untuk RA, ibu banyak beli baju online je..
Tak sempat nak pergi beli kat kedai..
Weekend ada je benda nak buat..
Last2 kita shopping raya online jela..
Cuma kasut raya RA je minggu last puasa baru carik..
Itu pon nasib baik jumpa..
Itu pon terkejar-kejar shopping sebab nak berbuka puasa dengan kawan-kawan irsyad time tu..

Oklah ada masa cerita detail lagi sehari sebelum raya sampai lah hari-hari raya..
Mood raya tak habis lagi ni.. Hehehe..
Raya ke-5 saya dah naik kerja pon..
Cuti pon dah tak banyak nak cuti lama-lama..
Cuma Irsyad je masih cuti sampai hari jumaat..
Sabtu dia dah kerja.. Hari ahad sambung beraya lagi..


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk kawan-kawan semua.
Kosong kosong ye kalau ada salah silap dari saya.. :)

Love, Rina Ellisa